PERSATUAN Lawn Tenis Perak (PLTP) sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah Kejohanan Tenis Junior Dunia ITF Gred 4 berlangsung di Kompleks Tenis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 20 hingga 27 Oktober ini.
Setiausaha PLTP, Lee Kam Boon berkata lebih 120 pemain mendaftar untuk menyertai kejohanan dalam usaha mengutip mata bagi memperbaiki ranking masing-masing.
Kam Boon berkata peserta dari Jepun, Australia, Thailand, Indonesia, India, Hong Kong, Rusia, China, Singapura, Taiwan serta tuan rumah, Malaysia menyertai kejohanan yang mempertandingkan acara perseorangan dan beregu lelaki dan perempuan itu.
Katanya, pemain utama remaja negara, Ahmad Deedat Abdul Razak mengetuai cabaran 13 pemain negara dalam acara perseorangan.
Berdasarkan kedudukan semasa, Deedat yang menduduki ranking 607 adalah pilihan keeempat kejohanan di belakang Sahil Deshmukh dari India, Nuradim Ramdani (Indonesia) dan Gregor Schoefberger (Austria).
Menurut Kam Boo lagi, 48 pemain menyertai acara perseorangan lelaki manakala 32 perseorangan perempuan. sementara beregu lelaki 24 dan perempuan 16.- ww.hmetro.com.my